Selasa, 18 Januari 2022

Resepi Salad Ayam yang senang & mudah!

Hai dan Assalamualaikum!

Kalau ada masa malas nak makan nasi, memang kita buat salad ayam ni. Sebab senang sangat nak buat! Ada lah rasa macam Subway sikit. Hehe. Aaajom kita start!

Bahan-bahan:

Dada Ayam dipotong dadu

Salad

Lobak merah 

Timun Cina

Tomato Ceri

1 labu Bawang Merah

Sos Black Pepper

Sos Cili

Mayonis

Thousand Island

Mixed Herbs

Serbuk Cili 

Garam


Cara buat:

1. Potong semua sayur. Terpulang sama ada nak tambah atau nak kurangkan sayur pun boleh. Mengikut kesukaan masing-masing.




2. Ayam yang dipotong dadu digaul dengan mixed herbs, serbuk cili dan garam. Bakar di dalam air fryer dengan suhu 180 selama 15 minit. Sekiranya tiada air fryer, boleh goreng tanpa minyak di dalam kuali.


3. Gaulkan bawang merah dengan sos black pepper dan sos cili. Bakar di dalam air fryer dengan suhu 180 selama 15 minit. Sekiranya tiada air fryer, boleh goreng dengan sedikit minyak di dalam kuali. Saya lebih suka bawang yang sedikit layu seperti ini. Tapi kalau taknak goreng dulu pun boleh.


4. Letakkan semua bahan yang dah dimasak ke dalam mangkuk sayur tadi.

5. Kemudian gaulkan kesemua bahan-bahan dengan sos black pepper, sos cili, mayonis dan thousand island.




6. Boleh dihidangkan menggunakan wrap ataupun roti kebab. Nak makan begitu sahaja pun sedap! Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan