Jumaat, 14 Januari 2022

Black Seed Oil Habbatus Sauda Young Living

Hai dan Assalamualaikum!


Finally Young Living keluarkan Black Seed Oil ataupun Habbatus Sauda! ♡



Black Seed Oil ataupun Habbatus Sauda juga dikenali sebagai jintan hitam / black caraway / black cumin / kalonji / kaluduru.


Black Seed Oil adalah minyak yang diekstrak dari biji jintan hitam (Nigella sativa), tanaman yang berasal dari Asia barat daya. Salah satu compound dalam minyak biji jintan hitam adalah thymoquinone yang bersifat antioksidan. 



Black Seed Oil ada banyak manfaat dari segi kesihatan & kecantikan. Antara manfaat dari segi kesihatan ialah boleh melegakan sakit tekak, mengurangkan berat badan, mencegah asma atau mengurangi risiko asma dan membantu menyembuhkan luka.


Dari segi kecantikan pula boleh mengurangkan atau mengecutkan jerawat, kulit lebih halus & moist serta melebatkan rambut.



Macam mana nak amalkan?


Boleh campurkan dalam madu, letak dalam sudu & telan untuk menghilangkan sakit tekak. Boleh letak dalam salad. Boleh letak dalam air & minum untuk diet. Boleh letak dalam moisturizer atau skincare product untuk kulit. Boleh campur dalam shampoo atau conditioner. Boleh juga terus sapu di rambut. Boleh letak dalam minuman Ningxia Redz bagi yang amalkan Ningxia Red. Dan macam-macam lagi.


Korang boleh je google manfaat Habbatus Sauda. Ramai yang amalkan Habbatus Sauda ni. Dah alang-alang Young Living pun keluarkan produk Habbatus Sauda, haruslah kita cuba 💪🏻✨


Abu Hurairah pernah mendengar Rasulullah Muhammad SAW bersabda, “Pada Habbatussauda ada ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam, iaitu maut.” Hadits ini diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, dan Ahmad meneruskan riwayat Sufyan bin Uyainah dari Al-Zuhri dan Abu Salamah.


Your Young Living distributor,

Aidilia ♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan