Hai dan Assalamualaikum!
Paling excited masa Viya Travel Diffuser ni sampai! Memang dah lama nak beli diffuser untuk letak dalam kereta dan masa pergi travel mana-mana.
Viya Travel Diffuser mempunyai bentuk silinder dan design seakan warna batu marble hitam. Nampak exclusive dan mahal. Saiznya kecil sahaja dan ringan. Saiz coverage dia ialah 160sqft. Ok lah kan dengan saiz dia yang kecil ni? Hehe.
Ada 3 pilihan warna pencahayaan iaitu putih, merah dan purple. Warna dia pun warna “muted tones” yang mana takkan ganggu kita masa drive sebab warna dia light-light sahaja.
Ada dua mode, mode tinggi berjalan sehingga 2.5 jam manakala mode sekejap (1 minit hidup/1 minit mati) berjalan sehingga 5 jam.
Diffuser ni tak mudah kotor dan kalis cap jari. Biasa ada sesetengah diffuser yang jenis plastik, bila kita pegang akan ada kesan cap jari kan, tapi diffuser ni takde! Haa best kan?
Nama pun Viya Travel Diffuser, mestilah direka khas untuk senang dibawa dan car-friendly. Boleh letak sahaja Viya diffuser ni dekat bahagian tempat letak air dalam kereta kita. Senang nak handle.
Boleh sambung USB dekat dalam kereta, dekat laptop mahupun powerbank. Tapi kalau sambung USB dekat powerbank lagi best. Boleh bawak je ke hulu hilir.
Asap takdelah kepuk-kepuk sangat so ok lah kan nak letak dalam kereta. Kang berasap penuh dalam kereta susah pulak nak bawak kereta nanti. Haha.
Your Young Living distributor,
Aidilia ♡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan